Ahad, 31 Julai 2011

Tutorial : Tukar Tulisan Anda Menjadi Biru Di Facebook!

Ingin tahu bagaimana tulisan biru kat Facebook??? 
    Hanya mengikut beberapa step mudah! yang telah diringkaskan iaitu :

  1.  Like page nie... 
  2.  copy ayat ini @[184559744940365:tulis komen anda disini]
  3.  tukarkan "tulis komen anda disini" dengan AYAT ANDA SENDIRI! ya!!  AYAT ANDA SENDIRI!
  4.  Tekan Enter ataupun Share dan lihatlah hasilnya!! 


                                                    
                                                       Selamat Mencuba!! 

Sabtu, 30 Julai 2011

Bagaimana Al- Fatihah di Belakang Imam

Ada pandangan yang mengatakan makmum wajib membaca al-Fatihah di belakang imam, berdasarkan hadis berikut : " Sesiapa yang mempunyai imam (ketika solat), maka bacaan imam adalah bacaannya." (Riwayat al-Dar Qutni) 
   Ini bersandarkan kepada hadis berikut :
    Rasulullah s.a.w. menunaikan solat Subuh di mana pembacaan Baginda agak berat (kerana terganggu) dan tatkala tamat solat, Baginda bersabda yang bermaksud : " Aku dapati kamu membaca (al-Quran) di belakang imam." Sahabat menjawab: "Ya mengapa, wahai Rasulullah?" Baginda berkata: "Janganlah kamu berbuat demikian kecuali bacaan Umm al-Quran kerana tidak sah solat bagi sesiapa yang tidak membaca Fatihah." (Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi) 
  Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud :
"Jangan sesekali seseorang kamu membaca apa jua al-Quran tatkala aku (sebagai imam) mengeraskan bacaan kecuali bacaan Umm al-Quran (al-Fatihah) (Riwayat al-Dar Qutni, Ahmad)
  Terdapat hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Hibban dan sanadnya bertaraf hasan menurut al-Hafiz Ibn Hajar bermaksud : "Jangan kamu membaca kecuali al-Fatihah (di belakang imam)." (Nay al-Awtar, jil. 2, hlm. 511)

Kesalahan Biasa Ketika Membaca al-Fatihah 
  1.  Membaca  tanpa wakaf.
  2. Berhenti (wakaf) di tempat yang dilarang berhenti.
  3. Bertukar makhraj huruf-huruf.
  4. Melalaikan pembacaan di tempat yang perlu tasydid; iaitu di 9 tempat.

Menyebut ''Amin'' di Akhir al-Fatihah 

        Lafaz ''amin'' bererti ''perkenankanlah'' disunatkan untuk para makmum mengucapkan bersamam-sama imam. Ia berdasarkan hadis Abu Hurairah yang bermaksud: ''Apabila imam mengucapkan lafaz ''amin'', para malaikat turut sama mengaminkannya bersama-sama imam kerana sesungguhnya sesiapa lafaz aminnya bertepatan dengan lafaz para malaikat, diampunkan baginya dosa yang terdahulu.'' (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
      Jika imam lupa menyebut ''amin'', para makmum boleh menguatkan ''amin'' bagi mengingatkan imam kerana ia adalah termasuk dalam perkara sunat. (Al=Mughni, jil. 2, hlm. 38)

Saktah Sebelum dan Selpas al-Fatihah

      Sunat jika menjadi imam bagi solat berjemaah untuk saktah (berhenti sebentar) sebelum dan selepas membaca al-Fatihah dan sebelum memulakan bacaan surah. Ia adalah ijtihad mazhab Syafi'i dan Hanbali.
(Al-Mughni, jil 2, hlm. 40)


Sabtu, 16 Julai 2011


sebelum pergi Program Outreach di Dewan Hang Tuah di Jabatan Pelajaran Melaka......
Seronok sangat2 dapat kawan2 baru...... 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Baek Punyer......

Subscribe via email

>

kIuT~

Who's that??

dengarkan......