Isyarat Dan Alamat Ghaib Telinga Berdesing

"Barangsiapa berdesing telinganya hendaklah ia mengingati aku dan berselawatlah kepada aku.Selepas itu hendaklah ia berzikir dengan zikir ZAKARALLAHU MAN ZAKARNI BI KHAIR."Kejadian telinga berdesing,merupakan salah satu kejadian atau isyarat ghaib yang Allah sahaja mengetahui rahsianya. Namun Allah juga akan fahamkan maksudnya kepada sesiapa yang dikehendaki.
 Firman Allah: ".....Allah tidak sekali-kali akan memperlihatkan (menceritakan) kepada kamu (rahsia) perkara -perkara ghaib,akan tetapi Allah memilih dari Rasul-Nya,sesiapa yang dikehendaki-Nya (untuk memperlihatkan kepadanya perkara-perkara ghaib). Oleh itu berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-rasul-Nya ; dan kamu beriman dan bertaqwa, maka kamu akan beroleh pahala yang besar." (Ali Imran, 3: 179)
Firman Allah: "Sesungguhnya yang ghaib itu kepunyaan Allah, sebab itu tunggu (sajalah) olehmu......" (Yunus, 10; 20).
 Selanjutnya ,dijelaskan di bawah ini maksud dan rahsia di sebalik telinga berdesing mengikut pengalaman orang tua-tua yang sentiasa mengamati dan mengelaminya.
TELINGA SEBELAH KANAN BERDESING

  1. Pada antara jam 06 - 07 pagi hari: Bermakna akan mendapat khabar buruk.
  2. Antara jam 07 - 08 pagi hari: Bermakna akan difitnahkan dan diumpat oleh seseorang.
  3. Antara jam 08 - 09 pagi hari: Bermakna akan berencana pergi jauh  dan entah itu sendiri atau bersama orang lain.
  4. Antara jam 09 - 10 pagi har: Bermakna akan ada berita yang kurang menyenangkan tentang keluarga.
  5. Antara jam 10 - 11 pagi hari: Bermakna akan ada penghalang dari rencana perjalanan anda sebaiknya ditunda atau dibatalkan dahulu.
  6. Antara jam 11 - 12 siang hari: Bermakna akan ada khabar yang kurang baik yang datangnya bersamaan dengan surat yang akan diterima dalam waktu terdekat.
  7. Antara jam 12 - 13 siang hari: Bermakna akan ada saudara jauh yang datang dengan membawa cerita dan kenangan lama.
  8. Antara jam 13 - 14 siang hari: Bermakna akan ada ajakan makan atau jemputan kenduri dan lain-lain majlis.
  9. Antara jam 14 - 15 petang hari: Bermakna akan ada sesuatu yang membahayakan anda dalam waktu terdekat.
  10. Antara jam 15 - 16 petang hari: Bermakna akan ada berita dari keluarga yang belum tahu menyenangkan atau menyedihkan.
  11. Antara jam 16 - 17 petang hari: Bermakna akan ada perjalanan jauh yang akan anda lakukan dalam waktu terdekat.
  12. Antara jam 17 - 18 petang hari: Bermakna anda sedang menjadi pembicaraan kepada banyak orang.
  13. Antara jam 18 - 19 malam hari: Bermakna akan ada sesuatu yang berharga pergi meninggalkan anda.
  14. Antara jam 19 - 20 malam hari: Bermakna akan mendapat berita buruk dari kalangan sendiri.
  15. Antara jam 20 - 21 malam hari: Bermakna akan ada keberuntungan yang besar untuk anda.
  16. Antara jam 21 - 22 malam hari: Bermakna akan ada yang mengancam anda.
  17. Antara jam 22- 23 malam hari: Bermakna akan ada berita yang baik datang kepada anda.
  18. Antara jam 23 - 24 malam hari: Bermakna akan ada seseorang yang jatuh cinta kepada anda.
  19. Antara jam 24 - 01 pagi hari: Bermakna akan ada sesuatu wejangan yang diberikan oleh oang tua.
  20. Antara jam 01 - 02 pagi hari: Bermakna akan ada perselisihan antara kerabat sendiri.
  21. Antara jam 02 - 03 pagi hari: Bermakna segala perjalanan yang anda kerjakan akan selamat sampai tujuan.
  22. Antara jam 03 - 04 pagi hari: Bermakna akan ada sesuatu berharga yang hilang.
  23. Antara jam 04 - 05 pagi hari: Bermakna akan ada sesuatu yang merugikan, jika anda seorang pekerja anda akan diberi peringatan dari majikan.
  24. Antara jam 05 - 06 pagi hari: Bermakna akan ada gangguan dari orang, mungkin akan menyusahkan anda.
     
TELINGA SEBELAH KIRI BERDESING


  1. Antara jam 06 - 07 pagi hari: Bermakna akan ada tamu yang mengutungkan dalam waktu terdekat.
  2. Antara jam 07 - 08 pagi hari: Bermakna akan melakukan perjalanan jauh dalam waktu terdekat.
  3. Antara jam 08 - 09 pagi hari: Bermakna akan kedatangan keurga terdekat.
  4. Antara jam 10 - 11 pagi hari: Bermakna  akan selamat dalam perjalanan akan datang.
  5. Antara jam 11 - 12 pagi hari: Bermakna akan kedatangan keluarga dari seberang lautan (jauh).
  6. Antara jam 12 - 13 siang: Bermakna akan terserang penyakit dalam waktu terdekat.
  7. Antara jam 14 - 15 siang: Bermakna akan kedatangan tamu.
  8. Antara jam 15 - 16 petang: Bermakna akan bepergian jauh kerana urusan penting.
  9. Antara jam 17 - 18 petang: Bermakna dalam waktu terdekat akan mendapat keuntungan besar dalam usaha yang diusahakan atau akan naik pangkat bagi pekerjaan.
  10. Antara jam 19 - 20 malam: Bermakna akan menerima penyataan cinta dari seseorang dalam waktu dekat ini.
  11. Antara jam 21 - 22 malam: Bermakna akan menerima undangan perkahwinan dalam waktu terdekat.
  12. Antara jam 22 - 23 malam: Bermakna akan kedatangan pencuri.
  13. Antara jam 23 - 24 malam: Bermakna akan menghadapi masalah atau penghalang dalam mengurus    perkara yang sedang dihadapi.
  14. Antara jam 00 - 01 pagi hari: Bermakna semua cita-cita akan direncanakan akan segera tercapai.
  15. Antara jam 01 - 02 pagi hari: Bermakna akan menerima kabar gembira.
  16. Antara jam 02 - 03 pagi hari: Bermakna akan ada dan berlaku persengketaan dalam keluarga.
  17. Antara jam 04 - 05 pagi hari: Bermakna anda akan mendapat usaha pekerjaan baru.
  18. Antara jam 05 - 06 pagi hari: Bermakna akan ada kesepakatan dan penyelesaian dalam setiap persoalan yang dihadapi. 

Pelbagai lagi alamat dan isyarat ghaib yang terjadi di dalam dan di luar diri manusia. Percayalah bahawa ini semua kebenaran yang sedang terungkai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Baek Punyer......

Subscribe via email

>

kIuT~

Who's that??

dengarkan......